Saturday, April 9, 2016

Mengapa Kita Perlu Makan Timun?

Timun merupakan tanaman sayur yang sangat mudah ditanam dan mudah diperolehi di seluruh dunia. Timun khususnya di Malaysia sering disajikan sebagai ulam bersama nasi lemak dengan sambal belacan.

Namun tahukah anda bahawa timun ini banyak khasiat dan sangat baik untuk kesihatan kita. Berikut merupakan beberapa khasiat timun :
Timun dapat menghidratkan tubuh badan

Sekiranya kita terlalu sibuk untuk minum air secukupnya, kita boleh terus makan timun yang sejuk kerana timun yang sejuk mengandungi 99% air. Ini berfungsi dengan mudah untuk mengimbangi kandungan air yang kurang dalam badan kita.

Timun dapat menyingkirkan toksin dalam badan
Kandungan air yang terdapat dalam timun bertindak sebagai ‘penyapu virtual’ yang akan membersihkan semua sisa buangan yang terdapat dalam tubuh kita. Dengan memakan timun yang kerap, ianya dapat melarutkan batu karang.

Timun dapat membekalakan mineral kepada kulit
Timun merupakan sayuran yang mengandungi potassium, magnesium dan silicon yang tinggi. Oleh sebab itu, kita dapat lihat kebanyakkan pusat spa menggunakan timun sebagai bahan untuk kecantikan.

Timun dapat melawan suhu panas
Makan timun dapat melegakan pedih hulu hati dan juga melegakan tubuh yang mengalami demam panas. Sekiranya tubuh kita mengalami sinaran matahari terik, kita boleh meletakkan timun yang dikisar halus kebahagian yang pebih akibat panahan matahari, dan timun ini akan menyejukkan bahagian tersebut.

Timun sumber vitamin harian
Timun mengandungi semua jenis vitamin yang diperlukan oleh tubuh badan kita sehari iaitu vitamin A, B, dan C yang menggalakkan system imunisasi agar lebih bertenaga dan berseri. Timun ini lebihs esuai dijadikan jus minuman yang dicampur dengan lobak merah dan daun bayam. Jus ini elok untuk kulit kerana ianya mengandungi 12% vitamin C yang mana cukup untuk keperluan kulit kita dalam sehari.

Timun juga dapat melawan kanser
Timun diketahui merupakan sayuran yang mengandungi secoisolariciresinol, lariciresinol dan pinoresinol. Ketiga-tiga bahan sebatian semulajadi ini mempunyai kaitan yang kuat sebagai lignin yang dapat mengurangkan risiko beberapa jeniskanser seperti aknser ovary, kanser payudara dan kanser prostat.

Timun dapat merawat diabetis , mengurangkan kolestrol dan mengawal tekanan darah.
Jus timun mengandungi sejenis hormone yang diperlukan oleh pancreas untuk menghasilkan insulin yang kebaikan kepada pesakit diabetis. Ada penyelidik telah menemui sejenis bahan sebatian yang disebut sebagai ‘sterol’ pada timun yang dapat menurunkan paras kolestrol. Timun juga kaya dengan serat, potassium dan magnesium. Bhan ini sangata efektif untuk menstabilkan tekanan darah. Oleh itu, timun sangat baik untuk merawat tekanan darah tinggi mahupun tekanan darah rendah.

Melembutkan rambut dan kuku
Mineral silica yang terdapat dalam timun dapat menjadikan rambut dan kuku kita lebih lembut, bersinar dan kuat. Kandungan Sulfur dan Silika yang terdapat dalam timun membantu meranfsangkan pertumbuuhan rambut.

Dapat melegakan  migrain dan mabuk
Bagi mengelakkan pening kepala di pagi hari iaitu migrain atau menghilangkan mabuk yang disebabkan alcohol, bolehlah memakan beberapa hirisan timun sebelum tidur. Timun kaya dengan vitamin B, gula dan elektrolit untuk menambahkan nutirsi dan mengurangkan sakit kepala mahupun mabuk.

Dapat memastikan buah pinggang berasa dalam keadaan baik
Timun mampu merendahkan paras asid uris dalam tubuh kita sekaligus mampu memastikan buah pingggang kita sentiasa dalam keadaan baik.

Sumber: kertaspaper.com/mengapa-kita-perlu-makan-timun/

No comments:

Post a Comment